Saturday, January 28, 2012

Kelas Foto KFSMKSI

Untuk aktiviti KFSMKSI pada hari rabu ini satu kelas fotografi akan diadakan. Tajuk kelas: Bagaimana nak setting kamera untuk dapat gambar yang cantik...............Semua ahli diminta membawa kamera

Program 1 KFSMKSI 2012

Kita akan mengadakan satu Program 1 Hari 1 malam bersama keluarga nelayan di Tumpat.  Program ini memerlukan setiap ahli tinggal sehari bersama keluarga nelayan angkat selama 1 hari 1 malam.  Di samping aktiviti fotoggrafi, program khidmat masyarakat juga diadakan seperti membersihkan surau/masjid. Diakhir program gambar-gambar yang diambil akan dipertandingakan dan dipamerkan di sekolah. Program ini masih dalam perancangan dan perbincangan.

AHLI YANG TEMPAH BAJU KELAB

Salam kepada semua warga SMKSI dan Ahli KFSMKSI.  Sila jumpa saya esok untuk ambil ukuran baju TK

Monday, January 23, 2012

JURUFOTO BERTUGAS HARIAN

Pengumuman Kepada Ahli Kelab Foto SMKSI yang berminat untuk bertugas mengambil gambar rasmi peristiwa di sekolah, sila daftar nama dengan Guru Penasihat Kelab Foto SMKSI.  Satu taklimat akan diberikan tentang cara-cara dan etika mengambil gambar rasmi. TK

Sunday, January 22, 2012

PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA PELAJAR CEMERLANG PMR 2011


















Gambar-gambar Majlis Penyampaian Sijil Pelajar Cemerlang PMR 2011.  Sila jumpa dengan Guru Penasihat Kelab Foto SMKSI sekiranya anda berminat untuk print gambar-gambar berkenaan dengan merujuk kepada nombor gambar berkenaan. TK

KAD KEAHLIAN KELAB FOTO SMKSI 2012



Ini adalah Kad Keahlian Kelab Foto SMKSI bagi tahun 2012.  Kad keahlian ini berharga RM2.00 boleh didapati dari Guru Penasihat Kelab dan Pengerusi Kelab Foto SMKSI 2012 mulai minggu depan.