Saturday, January 28, 2012

Kelas Foto KFSMKSI

Untuk aktiviti KFSMKSI pada hari rabu ini satu kelas fotografi akan diadakan. Tajuk kelas: Bagaimana nak setting kamera untuk dapat gambar yang cantik...............Semua ahli diminta membawa kamera

Program 1 KFSMKSI 2012

Kita akan mengadakan satu Program 1 Hari 1 malam bersama keluarga nelayan di Tumpat.  Program ini memerlukan setiap ahli tinggal sehari bersama keluarga nelayan angkat selama 1 hari 1 malam.  Di samping aktiviti fotoggrafi, program khidmat masyarakat juga diadakan seperti membersihkan surau/masjid. Diakhir program gambar-gambar yang diambil akan dipertandingakan dan dipamerkan di sekolah. Program ini masih dalam perancangan dan perbincangan.

AHLI YANG TEMPAH BAJU KELAB

Salam kepada semua warga SMKSI dan Ahli KFSMKSI.  Sila jumpa saya esok untuk ambil ukuran baju TK

Monday, January 23, 2012

JURUFOTO BERTUGAS HARIAN

Pengumuman Kepada Ahli Kelab Foto SMKSI yang berminat untuk bertugas mengambil gambar rasmi peristiwa di sekolah, sila daftar nama dengan Guru Penasihat Kelab Foto SMKSI.  Satu taklimat akan diberikan tentang cara-cara dan etika mengambil gambar rasmi. TK

Sunday, January 22, 2012

PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA PELAJAR CEMERLANG PMR 2011


















Gambar-gambar Majlis Penyampaian Sijil Pelajar Cemerlang PMR 2011.  Sila jumpa dengan Guru Penasihat Kelab Foto SMKSI sekiranya anda berminat untuk print gambar-gambar berkenaan dengan merujuk kepada nombor gambar berkenaan. TK

KAD KEAHLIAN KELAB FOTO SMKSI 2012



Ini adalah Kad Keahlian Kelab Foto SMKSI bagi tahun 2012.  Kad keahlian ini berharga RM2.00 boleh didapati dari Guru Penasihat Kelab dan Pengerusi Kelab Foto SMKSI 2012 mulai minggu depan.

Baju Kelab Foto SMKSI

Ini adalah contoh gambar Baju Kelab Foto SMKSI.  Baju ini boleh ditempah dengan Guru Penasihat Kelab Foto SMKSI dengan harga RM48 sehelai siap dengan sulam nama sendiri dan Logo Kelab Foto SMKSI.

Wednesday, January 18, 2012

GURU PENASIHAT KELAB FOTO SMKSI

PERJUMPAAN KELAB FOTO SMKSI

18/1/2012 (RABU).

Hari ini telah dijalankan Mesyuarat dan Aktiviti I Kelab Foto SMKSI. Beberapa agenda penting telah dijalankan semasa mesyuarat hari ini.

Tempat Mesyuarat: Tingkatan 3 Fasih  Masa :  3:30 Petang - 5:00 Petang
Pengerusi Mesyuarat : Hj Mohd Nuruddin Bin Hussin

Agenda yang telah dibincangkan:

1.  Perlantikan AJK, Wakil Tingkatan dan Biro Sosial dan Kebajikan
2.  Senarai Aktiviti 2012
3. Pendaftran dan Yuran
4. Baju Kelab
5. Membuat Kad Keahlian 2012
6. Hal-Hal lain.

Perkara 1:

  • Senarai AJK akan diberikan bila S/U serahkan kepada saya
  • Gambar AJK dll akan diserahkan kepada saya untuk dimasukkan ke dalam Fail dan Blog mulai hari Ahad ini
Perkara 2:

  • Aktiviti sekitar sekolah-melawat dan mengambil gambar kg nelayan di Tumpat/Bachok
  • Perkhemahan di Pantai Sri 7
  • Santai di Gem Beach Resort. Setiu
  • Lawatan ke Melaka dan KL
  • Lawatan ke China/Bandung
  • Jamuan akhir tahun di Grand River View Hotel
Perkara 3:

  • Pendaftaran di buka sekarang. Borang boleh di dapati dari S/Usaha
  • Yuran keahlian RM10.00 setahun.  Boleh dibayar 2x
Perkara 4:

  • Berharga RM48.00 warna Merah dan Hitam
  • Boleh bayar dan dapat saiz dari Guru Penasihat
Perkara 5:

  • Gambar dan kad keahlian boleh dibuat mulai hari Ahad depan
  • Kad keahlian dipakai semasa bertugas dan perjumpaan serta aktiviti Kelab Foto SMKSI
Perkara 6:

  • Kelab Foto SMKSI kini bergabung di bawah Majalah Sekolah
  • Ahli boleh mendapat 2 Sijil
  • Senarai ahli Bertugas Mingguan. Yang berminat sila beri nama kepada Guru Penasihat
  • Yang bertugas sahaja dibenarkan mengambil gambar rasmi sekolah
Kepada mana-mana ahli Kelab  Foto SMKSI yang ada berita dan Foto untuk dimasukkan ke dalam Blog, Sila serahkan laporan dan gambar di dalam Pen Drive kepada Guru Penasihat Kelab Foto SMKSI.

Sekian, Jumpa lagi dgn laporan terkini

Thursday, January 12, 2012

KELAB FOTO SMKSI

Selamat datang tahun 2012!  

Sepanjang tahun lepas Kelab Foto berjaya mengadakan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan.  Tk kepada semua ahli dan AJK Kelab Foto SMKSI tahun lepas.  InsyaAllah pada tahun ini saya berharap kita akan dapat melaksanakan beberapa program dengan lebih baik lagi.  Kita akan mengadakan beberapa program yang menarik untuk tahun ini. Bagi yang belum mengambil SIJIL sila berjumpa dengan Sir Haji Nuruddin di Bilik Kelab Fotografi pada waktu rehat.

Pada 11 Jan 2012 telah diadakan Perjumpaan Kelab-kelab di SMKSI.  Sambutan murid-murid terhadap Kelab amat memuaskan.  Proses pendaftran ahli dan AJK sedang dijalankan sekarang. InsyaAllah pada minggu hadapan kita akan dapat membentuk AJK 2012 dan meneruskan Program I Kelab. Program-program Kelab Foto SMKSI akan dibincangkan pada perjumpaan I hari Rabu minggu depan......